Friday, 31 May 2013

Teksi


Seorang suami merungut kepada isterinya kerana menaiki teksi hari-hari ketempat kerja.

Suami: Awak nih hari-hari naik teksi ke pejabat. Awak tahu tak ia melibatkan belanja yang tinggi.

Isteri: Habis tu kalau saya tak naik teksi, saya nak naik apa lagi. Saya nak tumpang kawan ke pejabat awak tak kasi, nak naik LRT tak ada kat sini, nak naik komuter stesen jauh. Habis awak nak saya naik apa jalan kaki.

Suami: Kawan awak tu lelaki sebab itu saya tak kasi nanti awak ada affair pulak dengan dia.

Isteri: Allo awak dah lupa ke yang awak tu drebar teksi. Bukan ke awak yang hantar saya hari-hari ker?

Suami: Eh! ye ke. Hehehehe....lupa plak..

Thursday, 30 May 2013

Kisah hidupku


Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini. Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah. Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami.

Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. Farhana, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku buat sendiri khas untuknya. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama.

Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta; "Ibu, Syah nak tanya sikit boleh tak?". Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam. "Apa dia sayang?".Balas ibuku lembut. "Syah rasa.........Syah nak kawin la bu........", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya tunduk menanti reaksi ibu. "Betul ke ni Syah? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Syah tu?". Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba. "Syah nak kawin dengan Farhana." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah.

Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh berderai. "Kau dah gila ke Syah? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik ibuku memecah kesunyian. Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku. "Tapi ibu, Syah sayangkan dia, Syah tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Syah berkawan dengan dia, salah ke kalau Syah nak kawin dengan dia?". Aku cuba memujuk. "Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Syah! Ibu tak rela!". " Tapi ibu.......". "Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia.........", suara ibu semakin perlahan. "Dari kecik ibu bela kau Syah, tak pernah ibu bantah apa saja permintaan kau nak. Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni kambing Syah.........kau sedar tak yang kita ni kambing?......mana boleh kambing kawin dengan ayam?". Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Aku pasrah. Farhana......aku tetap sayang padamu, walau kau dilahirkan sebagai seekor ayam.

Saturday, 25 May 2013

AFIQ: Tarik Balik Semua Kenyataan, Baru Minta Maaf Pada Ibu

Bapa Afiq Muiz iaitu Azman Shah Kader Ibrahim Shah, 52, di minta tampil menyelesaikan konflik keluarga antara pelakon itu dan ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 48.
Datuk saudara Afiq iaitu Jalal Abidin, 64, menyifatkan Azman merupakan individu paling layak menjadi ‘orang tengah’ bagi menjernihkan kembali hubungan anak dan isterinya itu.
“Saya rasa, tiada orang lain yang dapat menyelesaikan masalah Afiq dan ibunya selain Azman sendiri.
“Jika sebelum ini bapa Afiq tidak munculkan diri dalam menyelesaikan masalah anak beranak, sudah tiba masanya dia berbuat demikian.
p.s : Masing masing ego..

 Afiq Muiz: Tarik Balik Semua Kenyataan, Baru Minta Maaf Pada Ibu - Terbakor
“Tidak elok rasanya kes pergaduhan mereka berpanjangan, tambah pula ia sudah menjadi bahan berita media di luar sana,” katanya yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan di rumah keluarga Afiq di sini, Khamis.
Jalal dan Afiq serta beberapa anggota keluarga lain berkumpul pada sidang media itu bagi menjernihkan kembali kontroversi melibatkan Afiq meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu.
Terdahulu, mStar Online pada Selasa lalu membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq, 20, meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu sehingga digelar anak derhaka.
Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman, 18.
Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media pertama diadakannya sendiri dengan turut dihadiri Eina Azman.
Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayangi dia dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata.
Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.
Bagaimanapun tambah Jalal, dia berharap Afiq dan ibunya itu dapat menurunkan ego masing-masing dan memaafkan antara satu sama lain dan pada masa sama meminta Hasliza tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung dengan anaknya itu.
“Cukuplah, jangan keruh-keruhkan keadaan lagi. Lihat apa yang dah jadi sekarang ini, seluruh keluarga mendapat kesan buruk daripada pandangan masyarakat.
“Sedih pun ya, malu pun ada, tetapi berfikirlah secara rasional demi kesejahteraan keluarga nanti,” ujarnya.
Sementara itu, Afiq yang turut sama berada pada sidang media berkenaan bertegas mahu ibunya itu membersihkan nama dia serta menarik balik segala kenyataan buruk yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum membuat keputusan untuk berdamai.
“Kerana kontroversi ini, habis terganggu semua kerja-kerja lakonan saya dan dengar cerita saya mungkin akan digam oleh pihak stesen televisyen.
“Malah setiap kali berada di keliling orang awam, saya dikutuk dengan panggilan anak derhaka.
“Kalau boleh saya mahu ibu saya menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan terhadap saya, barulah saya akan meminta maaf kepadanya pula,” tegas Afiq.

Thursday, 23 May 2013

Posmen


Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

Tuesday, 21 May 2013

Lawak Pak Pandir


KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."


HANDPHONE

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ...
"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"


KONDOM

Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."

Tanya pegawai kesihatan:
"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"

Jawab Pak Pandir:
"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..."


PETAI

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...

"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."


CUTI

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ...

Monday, 20 May 2013

IIsteri Yang Curang


Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"

Sunday, 19 May 2013

MaT pUnK


Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya..

"Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? Apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab, "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakak tua. Jadi sekarang ini aku keliru... jangan2 kamu adalah anakku."

Friday, 17 May 2013

Permata hati Pertama Ning Baizura, Omar

 
SELEPAS tiga bulan menanti, akhirnya penyanyi popular Ning Baizura dan suaminya, Omar Chris Dalton memperkenalkan bayi sulung mereka, Ryan Sky Dalton dalam satu sidang media di ibu kota, semalam.

Sejak melahirkan anak pada 31 Januari lalu, Ning 'menyorok' wajah anaknya daripada umum kerana mahu mengikut pantang larang ibunya.

Difahamkan sebelum ini, Ning pernah merancang untuk menghantar gambar Ryan kepada media namun di saat akhir dia membatalkan perkara itu supaya anaknya itu diperkenalkan dalam satu majlis lebih teratur.

"Terima kasih kepada pihak media yang sabar menunggu detik indah ini sejak saya melahirkan Ryan tiga bulan lepas.

"Alhamdullilah..walaupun diuji dengan dugaan semasa dia dijangkiti demam kuning, Ryan sembuh dengan cepat tanpa masalah kesihatan," tutur Ning.

Tampil anggun dengan persalinan Datuk Farah Khan, Ning mengakui dia kini sedang giat melangsingkan badannya sebelum kembali aktif dalam dunia seni.

Dalam masa yang sama, Ning turut melancarkan muzik video single pertamanya, Pelangi Untukmu yang dicipta khas buat permata hatinya itu.

"Lagu ini akan dimuatkan dalam album saya iaitu Sky Blues & Lullabies diterbitkan oleh Universal Music Malaysia.

"Secara tak langsung, majlis ini menjadi detik istimewa bagi pelancaran single pertama khas untuk kanak-kanak," katanya.

Ning turut mendedahkan bahawa dia dan suami merancang untuk pulang ke Ireland sekitar Julai atau Ogos bagi membawa Ryan bertemu keluarga sebelah Omar.



Sinar Harian

Busuk.com