Saturday 26 October 2013

Jepun lulus hukuman lebih berat jika bocor rahsia negara

TOKYO: Kabinet Jepun semalam meluluskan satu rang undang-undang yang akan mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah yang mendedahkan maklumat sulit negara.
Undang-undang itu bertujuan menangani masalah birokrasi Jepun yang dikatakan mudah membocorkan rahsia sehinggakan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat, keberatan berkongsi maklumat perisikan jika masalah itu tidak diatasi.
Ketua jurucakap kerajaan, Encik Yoshihide Suga, berkata undang-undang baru itu penting kerana "perkongsiaan maklumat perisikan dengan lain negara hanya boleh dilakukan jika rahsia itu dapat disimpan".
Di bawah undang-undang baru itu, pegawai perkhidmatan awam yang membocorkan rahsia negara boleh dikenakan sehingga 10 tahun penjara.
Sebelum ini, hukuman maksimum hanya setahun penjara.
Bagaimanapun, para pengkritik membidas undang-undang itu kerana ia akan menjejas ketelusan pentadbiran kerajaan dan boleh disalahgunakan.
Undang-undang itu juga dikhuatiri akan mengakibatkan para wartawan dipenjarakan semata-mata kerana menjalankan tugas.
Presiden Persatuan Peguam Persekutuan Jepun (JFBA), Encik Kenji Yamagashi, berkata tindakan para menteri meluluskan undang-undang itu "tanpa menyediakan perlindungan mencukupi bagi hak orang awam untuk tahu" sangat dikesali.
JFBA sebelum ini telah menuntut agar senarai lengkap tentang apa yang diklasifikasikan sebagai rahsia negara didedahkan.
SAMBUNG BACAAN..

Saturday 19 October 2013

MANUSIA 'Cannibal' Moden Memakan Janin


Dunia dikejutkan apabila tersebarnya berita menerusi internet dan email yang mengatakan sesetengah orang China sanggup memakan bayi.
Memetik laporan The Seoul Times, mereka mengesahkan berita tersebut merupakan fakta apabila menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan embrio dan janin bayi dijadikan sup sebagai hidangan kepada manusia.

Wilayah selatan Canton, Guangdong menjadi fokus utama apabila penduduk di sana menikmati sup herba bayi atas alasan ingin meningkatkan tahap kesihatan serta bertenaga sewaktu mengadakan hubungan seks. Kali ini, sepasang suami isteri yang telah mempunyai dua orang anak gadis sanggup untuk menggugurkan kandungan berusia 5 bulan kerana mengetahui kandungan kali ketiga itu juga adalah perempuan.

Sunday 6 October 2013

Baby Royal Tern

Photo: A baby tern learning to fly

Young royal terns, like this one learning to fly on a Florida beach, leave their nests within a day of hatching. They gather with other hatchlings in groups called crèches that can be thousands of birds strong. At feeding time, parents find their chick in the crowd by listening for its unique call
continue......

Busuk.com