Cikyan tak dapat menghuraikan secara terperinci.. Untuk selanjutnya sila ke link ini.. http://cikyanzone.blogspot.com/2013/06/bakal-suami-nora-danish-ustaz.html
Friday, 28 June 2013
Bakal Suami Nora danish ustaz???
Cikyan tak dapat menghuraikan secara terperinci.. Untuk selanjutnya sila ke link ini.. http://cikyanzone.blogspot.com/2013/06/bakal-suami-nora-danish-ustaz.html
Monday, 17 June 2013
Cerita Lucu: Musim Sejuk yang Sangat Sejuk
v
D
sebuah kawasan di Amerika
Syarikat. Waktu itu musim gugur, seorang suku kaum Indian di daerah
terpencil bertanya pada ketua suku kaum mereka yang baru. "Wala-wala
chimo-ela suma totangka obuawachi?" yang ertinya, "Ketua, apakah musim
sejuk kali ini akan sangat sejuk atau seperti biasanya?"
Oleh kerana ketua suku ini sudah moden, dia tidak pernah belajar meramal cuaca dengan cara-cara kuno lagi. Ketika melihat ke atas, ia tidak dapat mengatakan bagaimana nantinya keadaan cuaca. Meskipun begitu, supaya semua kaumnya tenang, ia mengatakan bahawa musim sejuk nantinya akan terasa sejuk, sehingga ia menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan kayu bakar untuk persiapan musim sejuk.
Namun setelah beberapa hari, muncul idenya untuk menelepon Jabatan Kaji Cuaca, dan menanyakan, "Apakah musim sejuk kali ini akan sangat sejuk atau tidak?"
"Kelihatannya musim sejuk kali ini akan sangat sejuk," kata petugas di Jabatan Kaji Cuaca tersebut. Kemudian ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan kayu lebih banyak lagi untuk persiapan.
Seminggu kemudian dia menelepon semula Jabatan Kaji Cuaca. "Apa musim sejuk kali ini akan sangat sejuk?" "Ya," jawab orang di Jabatan Kaji Cuaca tersebut, "Musim sejuk kali ini akan sangaaat sejuk!"
Ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya untuk mengumpulkan semua kayu dan ranting pohon yang mereka temukan.
Dua minggu kemudian dia menelepon kembali dan bertanya, "Apa anda yakin bahawa musim sejuk kali ini akan sangat sejuk?"
"Pasti," jawab orang di Jabatan Kaji Cuaca tersebut, "kelihatannya akan jadi musim sejuk yang paling sejuk yang pernah ada."
"Kenapa anda begitu yakin?" tanya ketua suku. Lelaki itu menjawab,
"Kerana kaum Indian sedang mengumpulkan kayu bakar dalam jumlah yang menggila banyaknya!"
--- sumbangan: Tong
posted by aman @ 8:15 AM

Sunday, 16 June 2013
Cerita Lucu: Dialog antara lembu dan ayam
Man of steel
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
Cerita Lucu: Selsema Burung
"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.
"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
"Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."
"Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

Sunday, 9 June 2013
Kisah Lucu: Siapa menjumpai Austaralia?
Cikgu : Mat, di mana letaknya Australia ?
Mat : Di sini, Cikgu! ( sambil menunjuk pada peta )
Cikgu : Bagus! Sekarang Chot, siapa yang menjumpai Australia?
Chot : Mat, Cikgu!
Thursday, 6 June 2013
P.Ramlee
Siapa tak kenal P Ramlee? Dia pelakon, penyanyi, komposer, pengarah,pelawak, penulis skrip dan banyak lagi...
Dia Seniman Agung. Semua orang tahu itu. Semua bangsa tau...
Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik beradik? Tiga daripadanya adalah artis. Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh Prof Dr Ghazali Sumanteri, seorang pakar sejarah.
Berikut adalah nama adik-beradiknya: A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee, F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee, O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.
Yang jadi artis cuma A Ramlee, L Ramlee dan P Ramlee.
Sekian terima kasih. Alfatihah
Penjual kuih yg slamber...
Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.
Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali.
Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu keretapi terus bertanya "Ada apa Puan?" Dengan selamber wanita itu menjawab..."...yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..."
Monday, 3 June 2013
Betulkah Maria Karin Rapat dengan Jejaka Luar Negara?
Maya Karin
Roelcke, 33, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai
pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal tanah air. Setelah sembilan
tahun beliau tidak bergiat aktif dalam bidang seni suara, terkini wanita
berdarah campuran Jerman-Melayu ini kembali dengan single terbaru
berjudul Bintang Syurga. Sebuah lagu yang mengisahkan tentang hati yang
bebas daripada perkara cinta yang merumitkan jiwa.
Sebaik selepas pihak media
diperdengarkan lagu tersebut, figura berusia 33 tahun ni memberitahu
Bintang Syurga bukanlah hanya lagu yang mengisahkan pengalamannya
sahaja. Malah Maya percaya ‘cerita’ dalam lagu ciptaan sepenuh komposer
Omar K. dan Audi Mok itu juga pernah dilalui oleh ramai orang.
“Lagu ni bukan untuk seseorang. Ia
mungkin juga pernah dilalui oleh ramai orang. Bukan hanya saya saja.
Ala, biasa lah bila kita kenal dan baru nak suka pada si A, tentu kita
pernah keluar dating dengannya. Tapi hubungan tu tak berpanjangan.
Kemudian kita jumpa pula dengan si B pula dan kita juga keluar dating
dengannya dan hubungan tu pun tak menjadi, lebih kurang macam tu lah”,
katanya kepada.
Maya ditemui pada satu majlis khas, Maya
Karin Bersama Media bertempat di hotel Palace Golden Horses, Sri
Kembangan, petang semalam. Terlanjur menyebut tentang hubungan cinta,
seperti dapat mengagak soalan yang hendak diajukan padanya, Maya pantas
mengesahkan dirinya masih solo. Namun beliau membuat pengakuan yang
ketika ini dirinya sedang berkawan dengan seorang jejaka dari luar
negara.
Masih terlalu awal untuk becerita
banyak, kerana kata Maya buat masa ini dia belum pasti sama ada mahu
membawa hubungan itu ke tahap lebih serius atau tida. Ini kerana
pengalaman pernah melalui hubungan cinta jarak jauh satu ketika dulu
banyak mengajarnya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.
“Saya sekarang sedang mengenali
seseorang. Sedang berkawan. Dah lama juga kenal. Tapi dia duduk jauh.
Jauh beribu-ribu batu. Sebenarnya saya masih lagi sedang fikir tentang
sama ada nak jadikan hubungan ini serius atau tidak. Saya go with the
flow. Kalau jadi, jadi lah. Kalau tak jadi, tak apa”, katanya yang
mendambakan seorang lelaki yang cerdik, menghormati, berdikari disamping
mestilah seorang sukakan adventure sepertinya dirinya.
Maya sebelum ini pernah mendirikan rumah
tangga bersama jejaka Inggeris iaitu Muhammad Ali atau nama sebenarnya
Steven David Shorthose pada 16 Ogos 2008 namun pasangan itu bercerai
pada Julai 2010.
Jangan cepat melatah
Ada satu cerita, nak dengar tak?
Ceritanya cam ni,
Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil
melihat keadaan keretanya yang kemek.
hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu
sempit, lampu jalan tak de pulak.
Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah
tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.
Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow
sikit....."
Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun
menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".."
Bagerooo..."
sedap jer cakap babi...."
Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....
Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak
manakala motosikal nya remuk sama sekali.
Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan
tadi.
Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...
tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe
Saturday, 1 June 2013
Pantun empat kerat
Di sebuah sekolah di pedalaman Pahang....yang penduduknya majoriti penduduk Orang Asli, telah menerima kehadiran seorang guru baru. Guru tersebut mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Setelah beberapa episod di sekolah itu, tibalah waktunya guru tersebut mengajar Pantun Melayu kepada anak-anak muridnya.
Guru : Murid-murid,hari ini cikgu hendak mengajar Pantun 4 kerat.
(proses P&P pun berjalan dengan lancar)
Untuk memantapkan lagi proses P&P, guru tersebut pun memberi contoh pantun.....tapi hanya 2 kerat saja , yang lagi 2 kerat tu...guru tersebut minta murid selesaikan memandangkan pantun tersebut adalah pantun yang popular di kalangan masyarakat Melayu...
Guru : Baiklah, siapa yang boleh lengkapkan pantun ini...
DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
......................
......................
Tak seorang murid pun yang mengangkat tangan...jadi guru tersebut terpaksalah memanggil nama murid untuk selesaikan pantun itu......
Guru : Min, cuba selesaikan.
(Min pun bangun dengan bangganya)
Min : DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
NAK SHAMER, SHAMER LAH,
TAK NAK SHAMER SHUDAH.
Setakat ini saja pelajaran pada hari ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)