Monday, 3 June 2013

Betulkah Maria Karin Rapat dengan Jejaka Luar Negara?


 
Maya Karin Roelcke, 33, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal tanah air. Setelah sembilan tahun beliau tidak bergiat aktif dalam bidang seni suara, terkini wanita berdarah campuran Jerman-Melayu ini kembali dengan single terbaru berjudul Bintang Syurga. Sebuah lagu yang mengisahkan tentang hati yang bebas daripada perkara cinta yang merumitkan jiwa.
Sebaik selepas pihak media diperdengarkan lagu tersebut, figura berusia 33 tahun ni memberitahu Bintang Syurga bukanlah hanya lagu yang mengisahkan pengalamannya sahaja. Malah Maya percaya ‘cerita’ dalam lagu ciptaan sepenuh komposer Omar K. dan Audi Mok itu juga pernah dilalui oleh ramai orang.
“Lagu ni bukan untuk seseorang. Ia mungkin juga pernah dilalui oleh ramai orang. Bukan hanya saya saja. Ala, biasa lah bila kita kenal dan baru nak suka pada si A, tentu kita pernah keluar dating dengannya. Tapi hubungan tu tak berpanjangan. Kemudian kita jumpa pula dengan si B pula dan kita juga keluar dating dengannya dan hubungan tu pun tak menjadi, lebih kurang macam tu lah”, katanya kepada.
Maya ditemui pada satu majlis khas, Maya Karin Bersama Media bertempat di hotel Palace Golden Horses, Sri Kembangan, petang semalam. Terlanjur menyebut tentang hubungan cinta, seperti dapat mengagak soalan yang hendak diajukan padanya, Maya pantas mengesahkan dirinya masih solo. Namun beliau membuat pengakuan yang ketika ini dirinya sedang berkawan dengan seorang jejaka dari luar negara.
Masih terlalu awal untuk becerita banyak, kerana kata Maya buat masa ini dia belum pasti sama ada mahu membawa hubungan itu ke tahap lebih serius atau tida. Ini kerana pengalaman pernah melalui hubungan cinta jarak jauh satu ketika dulu banyak mengajarnya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.
“Saya sekarang sedang mengenali seseorang. Sedang berkawan. Dah lama juga kenal. Tapi dia duduk jauh. Jauh beribu-ribu batu. Sebenarnya saya masih lagi sedang fikir tentang sama ada nak jadikan hubungan ini serius atau tidak. Saya go with the flow. Kalau jadi, jadi lah. Kalau tak jadi, tak apa”, katanya yang mendambakan seorang lelaki yang cerdik, menghormati, berdikari disamping mestilah seorang sukakan adventure sepertinya dirinya.
Maya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris iaitu Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada 16 Ogos 2008 namun pasangan itu bercerai pada Julai 2010.

No comments:

Post a Comment

Busuk.com