Saturday 26 October 2013

Jepun lulus hukuman lebih berat jika bocor rahsia negara

TOKYO: Kabinet Jepun semalam meluluskan satu rang undang-undang yang akan mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah yang mendedahkan maklumat sulit negara.
Undang-undang itu bertujuan menangani masalah birokrasi Jepun yang dikatakan mudah membocorkan rahsia sehinggakan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat, keberatan berkongsi maklumat perisikan jika masalah itu tidak diatasi.
Ketua jurucakap kerajaan, Encik Yoshihide Suga, berkata undang-undang baru itu penting kerana "perkongsiaan maklumat perisikan dengan lain negara hanya boleh dilakukan jika rahsia itu dapat disimpan".
Di bawah undang-undang baru itu, pegawai perkhidmatan awam yang membocorkan rahsia negara boleh dikenakan sehingga 10 tahun penjara.
Sebelum ini, hukuman maksimum hanya setahun penjara.
Bagaimanapun, para pengkritik membidas undang-undang itu kerana ia akan menjejas ketelusan pentadbiran kerajaan dan boleh disalahgunakan.
Undang-undang itu juga dikhuatiri akan mengakibatkan para wartawan dipenjarakan semata-mata kerana menjalankan tugas.
Presiden Persatuan Peguam Persekutuan Jepun (JFBA), Encik Kenji Yamagashi, berkata tindakan para menteri meluluskan undang-undang itu "tanpa menyediakan perlindungan mencukupi bagi hak orang awam untuk tahu" sangat dikesali.
JFBA sebelum ini telah menuntut agar senarai lengkap tentang apa yang diklasifikasikan sebagai rahsia negara didedahkan.
SAMBUNG BACAAN..

No comments:

Post a Comment

Busuk.com