GANDINGAN HEBAT: Naib kapten Hariss Harun (kiri) dan kapten, Shahril Ishak, dengan jersi yang tertera logo AirAsia.
25 Jul 2013
BOLA SEPAK SETEMPAT
Syarikat penerbangan taja pasukan bola sepak negara selama tiga tahun bernilai $1.8j
BOLA
sepak tempatan mendapat suntikan besar apabila syarikat penerbangan
tambang murah yang terbesar di Asia, AirAsia, bersetuju untuk memberi
tajaan berjumlah $1.8 juta.
Tajaan selama tiga tahun itu meliputi penerbangan untuk pasukan Bawah 21 dan 23 Tahun, pasukan nasional, pasukan kumpulan umur dari Akademi Bolasepak Nasional (NFA) dan juga, pasukan wanita.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, mewakili AirAsia sementara Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Zainudin Nordin, mewakili FAS dalam majlis menanda-tangani perjanjian itu semalam.
Bercakap tanpa mengikuti ucapan yang telah disiapkan - itu propaganda AirAsia kata Fernandes - bos syarikat penerbangan itu berkata, sebab sebenar beliau setuju dengan tajaan tersebut ialah minat yang sangat mendalam yang ditunjukkan oleh FAS terhadap bola sepak.
Beliau berkata: "Sebab sebenar saya bersetuju ia kerana kesungguhan yang ditunjukkan oleh FAS. Saya telah menemui pentadbir bola sepak dari seluruh dunia, tetapi apabila melihat emel dan sebagainya (daripada FAS)... melihat minat FAS dengan menghantar beberapa pemain muda anda ke Queens Park Rangers (QPR) dan pengurusnya, ketika itu Mark Hughes... itu benar-benar menyentuh saya.
"Anda benar-benar ambil berat mengenai bola sepak. Saya melihat untuk menolong sekumpulan orang yang boleh menjadikan bola sepak sesuatu yang besar. Dan bagi saya, untuk menjadi sebahagian daripada itu, ia sesuatu yang hebat."
Menurut Fernandes lagi, meskipun AirAsia sebuah syarikat Malaysia, tajaan syarikatnya menunjukkan bahawa mereka bukan Malaysia, Singapura atau Indonesia.
"Kami melihat diri kami sebagai satu Asean. Saya sendiri seorang yang percaya kepada Asean," tambahnya.
Fernandes juga berkata beliau begitu berasa berbesar hati apabila melihat kepten Singapura, Shahril Ishak, dengan jersi nasional dan logo AirAsia.
"Tidak pernah sepanjang hayat saya dalam 11 tahun yang lalu, saya dapat membayangkannya."
Kejayaan Singapura menjuarai Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tahun lalu dan kejayaan SingaXII menjuarai Liga Super Malaysia (MSL) baru-baru ini juga dilihat sebagai faktor yang mendorong AirAsia menaja FAS.
Selain skuad nasional Singapura, AirAsia turut menaja skuad kebangsaan Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Indonesia, kata Fernandes.
Namun, katanya, perjanjan dengan FAS itu mungkin adalah yang terbesar yang pernah dibuat oleh AirAsia.
Ditanya sama ada AirAsia mungkin menaja sukan lain di Singapura selain bola sepak, Fernandes berkata buat masa ini, mereka menaja pemandu gokart remaja, Daim Hishamuddin, yang menurut beliau, amat berbakat dan berpotensi besar.
Fernandes menambah bahawa pihaknya juga telah menerima permohonan tajaan daripada seorang dua penunggang dan mungkin tahun depan, perkara itu boleh diteliti.
"Saya fikir, bola sepak dan sukan motor adalah dua sukan di mana kami akan berikan tumpuan," katanya.
Dalam ucapannya pula, Presiden FAS berkata perjanjian tersebut merupakan mercu tanda bagi FAS.
"Kami gembira sekali dapat menyempurnakan persetujuan dengan sebuah pertubuhan yang berkaliber dan mempunyai reputasi seperti AirAsia.
"Kami benar-benar berterima kasih kepada Tan Sri Tony Fernandez dan AirAsia kerana sokongan kuat mereka pada bola sepak dan menanti-nanti untuk bekerja sama dengan mereka untuk meningkatkan lagi bola sepak," kata Zainudin.
Perjanjian yang ditanda-tangani itu juga tidak melupakan para penyokong bola sepak.
AirAsia menawarkan pakej-pakej lawatan menarik untuk peminat yang memberi sokongan kepada pasukan Singapura apabila mereka bermain di padang lawan.
Selain itu, untuk meraikan kerjasama yang dicapai, AirAsia menawarkan tambang istimewa untuk ke semua tujuh destinasi mereka di Indonesia, iaitu Bali, Bandung, Jakarta, Yokyakarta, Medan, Makassar, Semarang dan Surabaya.
Promosi tersebut boleh ditempah dari sekarang hingga 28 Julai 2013, untuk penerbangan antara 20 Ogos dengan 10 November 2013.

No comments:
Post a Comment