PETALING JAYA: Cik 'Tina' (bukan nama sebenarnya) sedang berjalan di
sepanjang jalan utama di Bangsar pada waktu siang hari, apabila beliau
tiba-tiba ditarik dari arah belakang dengan pisau yang dihunus ke
lehernya.
Penasihat undang-undang berusia 28 tahun yang masih trauma itu
berkata beliau sedang menghampiri persimpangan lampu isyarat Jalan
Maarof, berhampiran dengan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, apabila
diserang pada 6 petang, Jumaat lalu.
"Saya dapat rasakan pisaunya walaupun saya tidak dapat melihatnya di
bawah kolar saya. Saya bergelut dengannya menggunakan kedua-dua tangan
dan menjerit," katanya, sambil menegaskan bahawa peyerang itu, yang
kelihatan seperti warga asing telah menggunakan sebuah kereta Toyota
Vios berwarna kelabu. SAMBUNG,,,
No comments:
Post a Comment